Saturday, December 6, 2008

:: Temuduga Kastam Diraja Malaysia ::

Di sini Epi nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam Di Raja Malaysia sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam, Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.

Kini Kastam Di Raja Malaysia memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum di temuduga oleh Pegawai Kastam. Sistem atau kaedah ini di gunakan merupakan salah satu untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas.Tentu calon atau pelawat yang telah melawat ke blog saya ini berkata dalam hati. Apahal lah Kastam buat pemeriksaan fizikal. Apa jadah nye? Ini adalah jawapan Pegawai Kastam yang melakukan pemeriksaan pada hari itu setelah Epi bertanya kepada mereka.

Fizikal yang ideal amat di perlukan tambahan pula kerjaya Kastam sering berhadapan dengan penyeludup dan penyangak. Kalau badan gemuk macam mana nak larat kejar penyeludup. Badan yang fit dan sihat tubuh badan amat penting dalam untuk kerjaya ini.


Oleh itu marilah ikuti pengalaman Epi dalam mengikuti temuduga ini.

Minggu lepas Epi telah mengikuti temuduga ini di Kastam Diraja Malaysia di Pulau Pinang. Terlebih dahulu Epi ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal. Pendek kata there are "friendly" Officer. Di sini Epi sertakan:

PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii)Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan ( Track Suit).

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji

Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.

KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

1.Perkara-perkara yang diuji:-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan

i)Ketinggian
Minima
Lelaki = 1.57 meter/157 cm ke atas
Perempuan = 1.53 meter / 153 cm ke atas

ii) Berat Badan
Minima
Lelaki = 48kg
Perempuan = 46kg

iii) Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)

iv) Ukuran Dada (biasa & tarik nafas) ( Calon wanita dikecualikan)
Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

b) Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)

i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 ( Tanpa memakai cermin mata atau kanta lenkap (contact lense")
ii) Pengecaman Warna.


c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i) Jari,tangan,kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii) Berkawad

Okay dah abis baca bahagian di atas,kini Epi akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok,hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini. Epi akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.

1) Pada hari temuduga tersebut, Epi sarankan lelaki dan perempuan memakai pakaian sukan daripada memakai pakaian formal. Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal. Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.

Ketinggian

Jika Ketinggian calon lelaki di bawah 1.57 meter or 157 cm dan 1.53 meter or 153 cm bagi perempuan. Terus terang Epi katakan, baik calon tak payah pergi untuk menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 156.99 ke, 152.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon mempunyai tahap ketinggian ini,maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya mempunyai ketinggian adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas bagi lelaki dan begitu juga 153 cm atau 1.53 meter bagi perempuan. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.

Berat Badan
Berat minimum yang di perlukan untuk lelaki adalah 48 kg dan 46 kg bagi perempuan. Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.
Untuk Kiraan BMI Klik Sini

*Jika berat minimum lelaki yang ditetapkan kurang dari 48kg pun akan di tolak begitu juga berat minimum bagi perempuan.

BMI yang di tetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke, 26.12 ke, 26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini.Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26. Jika calon dah tau nilai BMI so Epi sarankan tak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman Epi galakan pergi tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut. Tak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada. Syabas Epi ucapkan kerana anda pandai berdiet dan menjaga badan.

Ukuran Dada
Pada bahagian ini calon wanita di kecualikan.Hanya untuk lelaki sahaja.Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:

Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

Jika calon lelaki mempunyai ukuran dada dalam berkeadaan biasa adalah 78.99 ke, 78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke, 84.90 ke tetap akan di tolak. Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 dalam berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas. Jika calon lulus bahagian ini calon akan di periksa pada bahagian penglihatan mata. Wah calon memang punya ukuran yang ideal syabas!!!!!.

Pemeriksaan Mata
Jika calon menggunakan kanta lengkap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana sudah di ketahui jika dah memakai cermin mata or contact lense mesti kes rabun punya. Ini Gerenti 200% reject. Jika calon mempunyai penglihatan mata yang normal dan menyebut huruf yang salah berkali-kali pun akan di reject kerana di anggap calon mempunyai mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga. Buang masa saje. Begitu juga dengan pengencaman warna di jalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa. Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.

Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
Jika calon rasa jari,tangan,kaki cacat,bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok,tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak di buat dengan betul calon akan di tolak juga.

Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH EPI UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.

Di sini Epi harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut. Kekadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :

Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
Bagaimana membenteras penyeludupan?
dan banyak lagi.

Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.

SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH EPI UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.

9 comments:

RasHVaNa said...

hie abg epic.. Jana kt sini..
i dpt srt interview utk pen. penguasa kastam bulan depan..
i nk buat persiapan utk interview itu..
bleh abg bgtau ape diorg akn tanya waktu interview? plz help me abg
ini email add i (rashvana@gmail.com)
tq very much abg epi..

Anonymous said...

alamak...ni kes dah kena reject before sempat g interview...interview bulan depan.musnah la harapan..
bdn dah la tak brape nak berat..
harap tinggi je...
sedih wo...
has_sha84@yahoo.com

Anonymous said...

saya dipanggil utk temuduga penguasa kastam tapi dalam surat panggilan takde pulak disebut utk bawak seluar track.macam mana tu?

Hany said...

Assalamualaikum kawan-kawan. Saya bercerita dgn agak panjang dan semoga ianya dapat diekstrak
untuk menjadi sebagian tips rujukan calon2 masa depan...
Ingin berkongsi pengalaman dengan rakan2 tentang temuduga Penguasa Kastam W41 yg saya hadiri pada bulan September 2009 bertempat di Putrajaya.

Saya memerhatikan semasa temuduga tersebut beberapa rakan yang tidak mengenakan format pakaian yang berkesan. Sila rujuk etika pakaian temuduga dalam mana2 buku di pasaran.

Ada yg pakai seluar tak betul, senteng dan tak pakai tali leher...mengenakan t-shirt round neck dalam kemeja tanpa tali leher dsb...

Daripada apa yang saya dengar dari rakan2 lain semasa temuduga, perlu mengetahui isu2 semasa sengan baik dan isu2 lain berkenaan dengan Jabatan yg di minta. Info mudah, dapatkan dari Google...kebanyakan mereka ditemuduga berkenaan dgn isu semasa tersebut dan pengetahuan am...

Ada 2 penemuduga...1) Pegawai SPA (berbangsa Cina) dan seorang pegawai kastam yg saya jangkakan berpankat penguasa ke atas (Melayu)...

Tiada ujian fizikal di kenakan bagi Jawatan Penguasa Kastam W41...

Anonymous said...

nak tanya..agak2 kastam ader kn masuk rekrut macam polis ker andai kate klu dpat lah..n lama mn ek?sape tahu?

Anonymous said...

read this here
http://dunia-hipokrit.blogspot.com/2008/08/pengalaman-temuduga-kastam-diraja.html

Achik Rocknwriters said...

Salam,

Mengikut pengalaman saya yg mengikuti Program Assessment utk Penguasa Kastam W41 di AKMAL Melaka pada March 2011, tiada istilah calon direject kerana masalah mata ataupun masalah lain.

KDRM menggunakan sistem yg saya rasa amat adil utk calon2 di mana sistem point digunakan di dalam accessment ni.
Utk pengetahuan rakan2, saya mempunyai 2 masalah besar, iaitu mata saya rabun dan saya seorang pemakai contact lens yg tegar. lagi satu masalah saya ialah left hand elbow saya bengkok disebabkan tangan saya patah masa saya berumur 8 tahun. masa kawad mmg saya disoal berkenaan tangan tu, tp diorang takde la reject terus.

Meh saya ceritakan secara details flow2 utk Program Assessment Penguasa Kastam W41,spt yg sy lalui pada March lalu:

Program ni memakan masa selama 1 hari setengah. hari pertama, pagi ialah sesi pendaftaran di mana anda akan diberi no badan dan tentative program. anda dinasihatkan terus memakai pakaian sukan spt yg epi bgtau. anda juga dikehendaki mengesahkan sijil dan transkrip anda di kaunter SPA. kemudian, berat badan dan tinggi akan dinilai, seterusnya urine test. setelah urine test setel, anda harus memilih 1 drpd 17 tajuk yg diberikan utk tujuan Public Speaking yg bakal diadakan pd hari kedua. masa yg mencukupi utk anda buat preparation pada malam tu. hehehe
Lepas minum pagi, anda dikehendaki hadir utk physical test, di mana di sini fizikal anda akan diperiksa, kaki tangan, mata dsb. lepas tu kawad.
selepas lunch dan solat zohor, anda akan dibawa ke stadium utk tujuan fitness test. di sini, kecergasan anda akan diuji, full swing. first test, lari 2.4 km di bawah 16 minit. jgn risau, sbb batch saya hanya 2 org drpd 80 org calon yg berjaya capai target tu. sy sendiri boleh buat 18 minit. bajet dah kantoi dah, tp semangat utk menjadi warga Kastam mmg tak sikit pun luntur. hehe. second fitness test ialah push up, 30 push up within seminit. yg ni kacang je, sbb kebanyakan calon semua blh buat. then, lompat mcm lompat kijang tu, tp requirement dia anda kena sekali lompat utk jarak 1 meter (kalau tak silap). then, lastly, we have to work in team di mana kat sini kita diberi satu permasalahan, dan masing2 harus menunjukkan kewibawaan anda dlm memberi pendapat dan membantu rakan2 lain dlm pasukan utk menyelesaikan permasalahan tu.

TBC.. heheh

Achik Rocknwriters said...

Continued.. hehehe

Penat dgn fitness test pada waktu petang, aktiviti waktu malam agak ringan sedikit, di mana ujian personaliti SPA dijalankan. pakaian formal, sut baju kemeja kaler cerah dan necktie, seluar slack hitam dan kasut hitam. sama mcm ujian yg kita pergi exam utk ptd tu je. senang je. yg penting anda jujur pd diri sendiri. hehe
lepas exam, akitiviti bebas. masa ni anda boleh gunakan utk study topik utk public speaking anda esok hari.

hari kedua, mula dgn aktiviti berkumpulan, di mana anda dipecahkan kpd kumpulan (7-8 org setiap team) utk discussion. pakaian pun sama mcm mlm td, baju kemeja putih kaler cerah with necktie, seluar slack hitam dan kasut hitam. team anda akan diberi satu topik, dan setiap ahli kumpulan PERLU menyuarakan pendapat anda. di sini anda akan dinilai sape yg bg byk pendapat, dan boleh handle discussion tu, yg tu la dapat markah lebih. kalau anda diam sepanjang discussion selama 20 minit tu, saya boleh katakan anda menjurus ke arah kantoi sbb kat sini markah dia lebih sikit. lepas discussion, akan ada presentation utk dipersembahkan kpd Pegawai Kanan Kastam. kat sini, jgn bagi leader group anda sorang je yg present, sbb dia yg akan dapat markah lebih sorang2. hehe. yg eloknya, discuss dan berikan tugasan utk setiap ahli berpeluang utk present on each point that u discussed before. this is important.
acara kemuncak, public speaking. anda diberi masa 5 minit utk membicarakan tentang topik yg anda pilih semalam dlm bahasa Inggeris. be cool, be neutral, jgn gabra kerana mereka hanya nak tengok confident level anda sahaja.
tamat public speaking, tamatlah Program Assessment utk Penguasa Kastam W41 ni. setelah hampir 2 bulan lebih menunggu, anda akan dipanggil utk temuduga dan seterusnya jika anda berjaya utk temuduga ni, KDRM akan mengucapkan "WELCOME TO KDRM TEAM". hehehe.

Doakan saya berjaya utk temuduga Penguasa Kastam W41 ni pada hujung bulan ni. utk anda yg bakal dipanggil utk Assessment Kastam ni, saya ucapkan Good Luck.

Wassalam.

Unknown said...

Da dapat result ke