Wednesday, March 25, 2009

:: Earth Hour ::

Pada 28 Mac 2009 jam 8.30pm, bandar raya-bandar raya dan bandar-bandar merentasi dunia dijangka akan mengambil tindakan memadamkan lampu-lampu selama satu jam.



‘Earth Hour’ membawa satu mesej global yang bermakna untuk mengambil tindakan yang mungkin dalam menangani isu pemanasan global iaitu memadamkan lampu secara serentak di peringkat dunia.


Dengan mengambil langkah hanya semudah menutup suis lampu dan menggalakkan bandar raya secara menyeluruh untuk menjalankan tindakan ini, satu mesej yang bermakna dapat dikeluarkan tentang keperluan segera untuk isu perubahan iklim, dan menunjukkan bahawa sejumlah ramai orang berpeluang melakukan satu kelainan.


‘Earth Hour 2009’ dijangka akan menjadi satu panggilan yang berkesan untuk tindakan bagi sejumlah ramai individu, kerajaan dan organisasi perniagaan dalam mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan secara bersama. Bangunan-bangunan ikonik dan mercu tanda merentasi Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika dijangka akan bergelap buat seketika.



‘Earth Hour’ adalah satu pesanan yang mengharapkan satu tindakan. Bayangkan apa yang akan kita dapat lakukan jika kita bertindak bersama?


Sertai ‘Earth Hour 2009’: http://earthhour.org.my/

Saturday, December 6, 2008

:: Temuduga Kastam Diraja Malaysia ::

Di sini Epi nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam Di Raja Malaysia sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam, Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.

Kini Kastam Di Raja Malaysia memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum di temuduga oleh Pegawai Kastam. Sistem atau kaedah ini di gunakan merupakan salah satu untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas.Tentu calon atau pelawat yang telah melawat ke blog saya ini berkata dalam hati. Apahal lah Kastam buat pemeriksaan fizikal. Apa jadah nye? Ini adalah jawapan Pegawai Kastam yang melakukan pemeriksaan pada hari itu setelah Epi bertanya kepada mereka.

Fizikal yang ideal amat di perlukan tambahan pula kerjaya Kastam sering berhadapan dengan penyeludup dan penyangak. Kalau badan gemuk macam mana nak larat kejar penyeludup. Badan yang fit dan sihat tubuh badan amat penting dalam untuk kerjaya ini.


Oleh itu marilah ikuti pengalaman Epi dalam mengikuti temuduga ini.

Minggu lepas Epi telah mengikuti temuduga ini di Kastam Diraja Malaysia di Pulau Pinang. Terlebih dahulu Epi ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal. Pendek kata there are "friendly" Officer. Di sini Epi sertakan:

PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii)Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan ( Track Suit).

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji

Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.

KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

1.Perkara-perkara yang diuji:-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan

i)Ketinggian
Minima
Lelaki = 1.57 meter/157 cm ke atas
Perempuan = 1.53 meter / 153 cm ke atas

ii) Berat Badan
Minima
Lelaki = 48kg
Perempuan = 46kg

iii) Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)

iv) Ukuran Dada (biasa & tarik nafas) ( Calon wanita dikecualikan)
Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

b) Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)

i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 ( Tanpa memakai cermin mata atau kanta lenkap (contact lense")
ii) Pengecaman Warna.


c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i) Jari,tangan,kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii) Berkawad

Okay dah abis baca bahagian di atas,kini Epi akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok,hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini. Epi akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.

1) Pada hari temuduga tersebut, Epi sarankan lelaki dan perempuan memakai pakaian sukan daripada memakai pakaian formal. Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal. Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.

Ketinggian

Jika Ketinggian calon lelaki di bawah 1.57 meter or 157 cm dan 1.53 meter or 153 cm bagi perempuan. Terus terang Epi katakan, baik calon tak payah pergi untuk menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 156.99 ke, 152.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon mempunyai tahap ketinggian ini,maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya mempunyai ketinggian adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas bagi lelaki dan begitu juga 153 cm atau 1.53 meter bagi perempuan. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.

Berat Badan
Berat minimum yang di perlukan untuk lelaki adalah 48 kg dan 46 kg bagi perempuan. Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.
Untuk Kiraan BMI Klik Sini

*Jika berat minimum lelaki yang ditetapkan kurang dari 48kg pun akan di tolak begitu juga berat minimum bagi perempuan.

BMI yang di tetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke, 26.12 ke, 26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini.Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26. Jika calon dah tau nilai BMI so Epi sarankan tak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman Epi galakan pergi tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut. Tak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada. Syabas Epi ucapkan kerana anda pandai berdiet dan menjaga badan.

Ukuran Dada
Pada bahagian ini calon wanita di kecualikan.Hanya untuk lelaki sahaja.Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:

Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

Jika calon lelaki mempunyai ukuran dada dalam berkeadaan biasa adalah 78.99 ke, 78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke, 84.90 ke tetap akan di tolak. Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 dalam berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas. Jika calon lulus bahagian ini calon akan di periksa pada bahagian penglihatan mata. Wah calon memang punya ukuran yang ideal syabas!!!!!.

Pemeriksaan Mata
Jika calon menggunakan kanta lengkap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana sudah di ketahui jika dah memakai cermin mata or contact lense mesti kes rabun punya. Ini Gerenti 200% reject. Jika calon mempunyai penglihatan mata yang normal dan menyebut huruf yang salah berkali-kali pun akan di reject kerana di anggap calon mempunyai mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga. Buang masa saje. Begitu juga dengan pengencaman warna di jalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa. Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.

Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
Jika calon rasa jari,tangan,kaki cacat,bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok,tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak di buat dengan betul calon akan di tolak juga.

Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH EPI UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.

Di sini Epi harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut. Kekadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :

Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
Bagaimana membenteras penyeludupan?
dan banyak lagi.

Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.

SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH EPI UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.

Tuesday, September 16, 2008

:: Tips Kejutkan Orang Bersahur ::

Time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba :-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur.. Camni antara caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.. Kalau tak bangun jugak

2. Sentuh bahu org tidur tu.. Dan goyangkan perlahan-lahan.. Sambil panggil nama dia.. Kalau tak bangun jugak

3. Renjis air kat muka dia.. Sambil panggil nama dia.. Kalau tak bangun jugak

4. Tampar-tampar manja pipi dia.. Sambil panggil nama dia.. Kalau tak bangun jugak

5. Tutup kipas/air cond..


Tapi kalau still tak ada effect

1. Jerit nama dia kuat-kuat.. Kalau tak bangun jugak

2. Gigit ibu jari kaki dia.. Cam hantu toyol gigit.. Kalau tak bangun jugak

3. Simbah air sebaldi.. Kalau boleh air rendam baju dalam korang.. Kalau tak bangun jugak

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.. Kalau tak bangun jugak

5. Goyang badan dia kuat-kuat then jerit gempa bumi! Gempa bumi! Tsunami! Tsunami!.. Kalau tak bangun jugak

6. Jerit api! Api! Api!.. Kalau tak bangun jugak

7. Letak KFC ke Mc D ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia.. Bagi ambik bau sikit..


Tapi kalau still tak ada effect gak kannnn

1. Pergi kat telinga dia.. Then sebut maa rabbuka! Sambil seru nama dia byk kali.. Kalau masih tak bangunnnn..

2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!


Tapi kalau still tak ada effect gak.. Ni je la cara terakhir

1. Panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan.. Kerana tuhan lebih menyayanginya

Friday, July 4, 2008

:: Jika Semalam Aku PM ::

Jika semalam aku PM.. sebelum aku mengumumkan kadar kenaikan harga petrol(andai kenaikan harga petrol ini memang terpaksa dilakukan) kepada rakyat, aku akan terlebih dahulu akan membuat satu pengumuman iaitu:

1- Sebagai PM aku menyerahkan kembali setiap elaun yang aku tuntut setiap bulan akan aku serahkan kembali ke pada kewangan negara setiap bulan.

2-Sebagai Menteri Kewangan 1 aku menyerahkan kembali 50% dari gaji hakiki serta sebarang tuntutan elaun kepada kewangan negara setiap bulan.

3-Sebagai PM aku akan mengarahkan semua Menteri Kabinet agar menyerahkan kembali 20% gaji hakiki kepada kewangan negara setiap bulan.

4-Sebagai PM aku akan mengesyorkan semua Ahli Parlimen menyerahkan kembali 50% sebarang tuntutan elaun kepada kewangan negara setiap bulan.

5-Sebagai PM aku akan mengarahkan semua agensi/jabatan kerajaan melaksanakan perbelanjaan berhemah. Tiada lagi sebarang majlis sambutan yang menggunakan perbelanjaan dari sumber kerajaan. (Hendak buat juga, kutip dari anggota).

Selepas mengumuman langkah-langkah ini baru lah aku sebagai PM dengan nada sedih tetapi tegas mengumumkan kenaikan harga petrol, menyakinkan kepada rakyat bahawa kita semua kena berkorban untuk negara.

Namun begitu bagi menyerap beban kenaikan harga petrol ini, selain dari pemberian RM625 dan Rm150(yg mcm mempersenda rakyat) aku akan turut mengumumkan subsidi 70% bagi menukaran sistem ke pengunaan NGV. Dan aku mengarahkan syarikat minyak agar menyediakan pump NGV disetiap bandar-bandar utama negara pada kadar segera dan akan diperluaskan kepada setiap station petrol tidak lama lagi.

Sekurang-kurangnya.. Aku sebagai PM dan barisan kabinet turut merasa keperitan rakyat(walaupun sebenarnya gaji aku xluak pun) dan berusaha menunjukkan yang kabinet turut simpati kepada rakyat.

Entah ler.. yg hakikatnya aku bukanlah PM semalam!

Thursday, July 3, 2008

:: Semuanya Keranamu Malaysia! ::

Demi kebanggaan..

Satu angkasawan sudah naik ke angkasa lepas..
Satu pasukan kecil penerjun udara di hantar ke kutub selatan, utara, timur, barat, tenggara bla3..
Dan bermacam lagi projek mega yang menelan belanja berjuta-juta..
Semata-mata atas namamu Malaysia..
Dia berada di atas. Seharusnya dia seorang yang hebat! Mempunyai pandangan jauh dan bijak membuat keputusan demi kebaikan bersama. Kalau dia pun setakat boleh buat keputusan macam kita, lebih-lebih lagi soal kewangan, baik dia pun duduk sama rendah dengan kita.

Maka berjuta rakyat terpaksa menerima kenaikan harga minyak!

Hakikatnya kita memang tidak ada duit lebih.. Kenapa harus membazir-bazir?

Sepatutnya dia pun macam abah. Apa yang kita tak ada dia beri. Sebab dia yang uruskan perbelanjaan rumah. Dia yang uruskan hal-hal kita setiap hari.

Misi dan matlamat tak tercapai. Orang kata jangan terlalu awal membuat kesimpulan. Hakikatnya ia melibatkan berjuta manusia yang bergantung di bawah satu bumbung. Kalau bumbung bocor, semua orang pun basah lencun!

Bila sudah jadi begini, kita pun dapat mengagak apa akan jadi di masa hadapan. Sebab dari awal sudah tunjuk petanda tidak bijak menguruskan wang. Bila ditanya bukti? Tekanan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan sudah cukup menjadi bukti.

Itu belum masuk akibat. Untuk sebulan dua mungkin harga barang masih stabil. Tetapi untuk 'next shipment' bagi barangan import dan tempatan, kenaikan pasti berlaku. Kesannya juga pasti ditelan semua orang. Yang membuat bisnes pasti runsing kerana pengguna semakin kurang berbelanja. Yang bergaji sederhana dahulu mungkin terpaksa melupakan aktiviti shopping di hujung bulan. Itu tidak salah, sebulan penat bekerja, apa salahnya shopping sedikit. Ia juga satu 'reward' pada diri sendiri. Tapi lepas ni nak shopping kena fikir seratus lapan puluh empat perpuluhan tiga kali. Itu belum kira yang berkeluarga.

Kita masih pelik lagi. Kenapa jadi begini? Mungkin sebab ada yang tak rasa. Sebab minyak, duit rumah, bil api air semuanya ditanggung beres. Kalau tak pun, boleh claim nanti!

Kalau kita tentang, dia marah. Tapi kalau kita tak tertekan, tak ada lah kita nak bising-bising!

Wednesday, July 2, 2008

:: Kafe Francais Tak Perlu Di IPTA ::

Objektif penubuhan IPTA ialah untuk melahirkan para cendekiawan, ahli akademik dan juga professional.

IPTA merupakan wadah dan platform bagi mereka menuntut ilmu bukannya sebagai tempat untuk beristirehat atau bersantai, atau melahu. Justeru kita harus melihat kepada peratusan keperluan untuk memberi kebenaran kepada Starbucks, Dunkin Donuts dan Kopitiam untuk berada di IPTA.

Jika ditanya tentang kualiti graduan IPTA sekarang, apakah Kementerian Pengajian Tinggi boleh berbangga dengan pencapaian mereka jika dibandingkan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang telah disediakan oleh pihak universiti? Apakah prestasi, produktiviti dan keberhasilan mereka boleh dimegahkan setara dengan modal yang telah kerajaan laburkan?

Semua persoalan itu perlu dibuat timbang tara sebelum hasrat murni tersebut direalisasikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pendapat awam dan ahli akademik juga perlu diambil kira.

Setiap perkara ada pro dan kontranya. Kedua-duanya perlu melalui satu proses rundingan. Semestinya jika ditanya kepada pihak franchisee, akan tiada kesan negatifnya, kerana mereka ialah pihak “pembuat untung”.

Tetapi sekiranya soalan ini dilontarkan kepada ahli akademik, ibu bapa dan juga orang awam, semestinya akan wujud pelbagai pendapat yang lebih jujur.

Saya melihat idea ini akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada mahasiswa IPTA. Pertamanya, dari aspek kewangan yang tentunya akan memberi impak kepada pelajar itu sendiri. Bagi yang berkemampuan, mungkin pada mereka minum pagi di Starbucks, minum petang di Dunkin Donuts dan minum malam di Kopitiam, tidak menjadi soal. Sama saja seperti mereka minum di kedai Kak Ani atau juga di warung mamak.

Tetapi apa pula halnya, bagi mereka yang tidak mampu, sebaliknya cuba untuk “buat-buat mampu” bagi meniru atau menyamakan status dengan pelajar lain? Fenomena ini akan mewujudkan double standard di kalangan pelajar dan mereka akan bersaing secara tidak sihat bagi menyamakan kufu di kalangan mereka.

Di mana-mana sekalipun akan berlaku kecurian, tetapi gejala ini akan lebih meningkat sekiranya mahasiswa yang sedang mengalami masalah kewangan tetapi masih ingin kekal cara hidup mewah.

Sama juga halnya suatu ketika dulu apabila fenomena telefon bimbit melanda di IPTA. Masalah kecurian seringkali berlaku hanya semata-mata pelajar yang tidak mampu pada masa itu terpaksa mencuri untuk memilikinya. Maka, tidak mustahil perkara sama akan terjadi.

Kedua, para ibu bapa juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak meminta dikirimkan wang belanja lebih kononnya kos sara hidup di universiti semakin meningkat.

Dan mungkin lebih teruk lagi bagi anak yang cerdik lebih sikit akan menggunakan alasan kesan harga petrol meningkat maka harga makanan di universiti turut melambung walhal anak mereka minum hot chocolate atau café latte di waktu pagi dan iced blended mocha setiap petang.

Tidak terkecuali juga, ada pelajar yang akan menggunakan wang PTPTN untuk tujuan tersebut.

Harus diingat, walaupun kerajaan telah meluluskan RM3 bilion untuk peruntukan PTPTN, tetapi ia bukanlah untuk bersantai di kafe seumpama itu. Lebih membimbangkan, pelajar akan berjimat atau lebih berkira untuk membeli buku atau membayar yuran hanya semata-mata untuk bersantai. Implikasi beginilah yang kita tidak mahu terjadi.

Pandangan ini bukanlah bersifat konservatif, tetapi ia lebih memikirkan soal sejauh mana keperluan cadangan itu. Antara alasan yang di beri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ialah pelajar IPTA memerlukan Wi-Fi untuk mengulangkaji kerana sebelum ini mereka perlu keluar dari kawasan universiti untuk tujuan tersebut.

Saya mencadangkan apalah kiranya jika pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menyediakan perkhidmatan Wi-Fi waima yang terbaik sekalipun di seluruh IPTA. Maka tiadalah lagi alasan untuk mereka keluar mencari perkhidmatan tersebut.

Saya juga mencadangkan agar pihak universiti dapat menyediakan atau menaik taraf kafe-kafe yang sedia ada agar boleh menarik minat mahasiswa menggunakan waktu senggang mereka untuk mengulangkaji pelajaran, bersosial dengan teman-teman dan menjamu selera.

Namun demikian, jika pihak kementerian tetap berpendirian untuk membawa masuk kafe-kafe francais, saya cadangkan agar kafe-kafe tempatan seperti Kluang Station, Secret Recipe dan Old Town White Coffee diberi peluang.

Kafe berkenaan turut menyediakan hidangan yang hampir serupa dan dalam masa yang sama pihak kementerian dapat membantu jualan pengusaha kafe tempatan.

Sebagai rakyat tempatan, tidak perlulah kita berbangga sangat dengan produk-produk dari Amerika ini, kerana kita juga mempunyai kualiti yang hampir sama tetapi populariti yang kurang dek kerana sikap kita yang sukakan produk luar. Cuba kita ambil inspirasi daripada bangsa Perancis yang mengawal kemasukan produk Amerika tetapi mewujudkan lebih banyak kafe dan bistro kemudian menjenamakannya dengan nama Perancis seperti Delifrance dan sebagainya.

Bangsa mereka terkenal dengan penjenamaan seperti “french toast, french silk, french fries” dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyatnya kepada produk tempatan dan ternyata ia berjaya.

Amat sukar untuk kita minum di Starbucks ketika berada di Perancis walaupun ia memiliki sebanyak 15,700 outlet di 43 buah negara dan salah satunya Malaysia.

Sekali lagi saya memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian, penelitian dan penilaian sebelum idea itu dilaksanakan. Janganlah kita lupa bagaimana warga Universiti Malaya membantah sekeras-kerasnya kemasukan Mc Donalds pada tahun 1999 dan akhirnya hasrat itu tidak dilaksanakan walaupun premisnya telah siap.

Tetapi, pada masa yang sama warga Universiti Malaya masih lagi tidak kempunan untuk makan Big Mac dan Cheese Burger di sekitar Petaling Jaya.

Wednesday, June 25, 2008

:: Epi ::

Assalamualaikum.. Alhamdulillahi Rab Al-Alamin segala puji buat Allah semesta alam. Dengan kuasa Nya dapat aku menjadi tabah menahan sakit melalui dugaan kehidupan. Terimalah kasih sayang dari Mohd Asfiyak @ Epi buat semua yang mendewasakan manusia lelaki ini: Mama yang melahirkan dan mendidik sejak dari dalam perut lagi. Abah yang menjadi contoh lelaki sejak dari awal kewujudan ingatan dalam fikiran ini. Aku bersyukur dikurniakan dengan mama dan abah yang bertanggungjawab membesarkan ku. Sayang kat mama dan abah! He.. He.. Nurul Mufidah dan Nurul Syifa!! Kedua-dua adikku yang dikasihi, abang sayang kat korang berdua.. Terima kasih kerana percaya apa yang abang buat selama ni. Ha.. Ha.. Keluarga di Kedah, sahabat-sahabat seluruh alam, kawan-kawan dan kenalan. Terima kasih. Ada rezeki dan umur kita akan terus dewasa dan bijaksana. InsyaAllah.